Petua Mendapat Pasangan - Dato' Dr. Hj Mohd. Fadzilah Kamsah  

Posted by: yana

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini. 6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Hujan  

Posted by: yana in


Musim tengkujuh hmpir mlabuhkn tirai nmpknye.Alhamdulillah...berdoa agar x dturunkn bencana kt sini cm yg pnh trjadi thn 2007 dlu.Tringat plak musim bnjir ms empangan bah membanjiri bndr kecil nih.Kbtulan aku kne register kt uitm ms 2,tp uitm postpone sume pndftran smpai sume ngeri dlm keadaan stabil.Masa 2,rumah nih x kne air bah 2,tp tempiasnye sm2 dirasai.Nsib kami baik,sbb rmh nie kt ats bukit skit.Cuma mrasa la xde elektrik slama 1 mnggu.

Errmmm...mmg la x best,tp adil la.Sm2 mrasa duk dlm keperitan.Sume trauma ble ujan trun x benti2.Ye la,lbih baik brsedia dr trkena.Bnyk persediaan kne wat tuk hadapi musim tengkujuh nih.Bg mreka yg stay kt pntai timur,bersabar la.Ujian...Terima dgn hati yg terbuka.Hujan itu rahmat dr Allah tuk sume penghuni Bumi nih.

Yg seronoknye,leh la nek bot n men air bah.Sejuk!rmai la yg amik ksempatan tuk mredah bnjir 2 bramai2.Dh mcm pesta pn ye jgk.Tp ade jgk yg mnangis.Rmh dtenggelami air,kreta rosak,tanaman musnah,binatang peliharaan mati dan sbgnya.Tp tu sume takdir Allah.Ape yg pasti,keredhaan itu mnghasilkn sesuatu yg pasti bg sume umat-Nya.

Renung2 kn dan selamat beramal...

Air Sembahyang  

Posted by: yana in

1. Ketika berkumur , berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

Penjelasan nombor 1 :
Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

Penjelasan nombor 2 :
Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan
, berniatlah
kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini".

Penjelasan nombor 3 :
Ahli syurga diberikan
  hisab-
hisabnya di tangan kanan .

4.
Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".

Penjelasan nombor 4 :
Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .

5.
Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

Penjelasan nombor 5 :
Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

Penjelasan nombor 6 :
Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu
dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan nombor 7 :
Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu
dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat"

Penjelasan nombor 8 :
Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah. 



Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri . Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.. Kirimkan pesanan ini dan sebarkan ini kepada rakan-rakan yang lain. Ikhlas kerana Allah.. 

No Man Is Perfect  

Posted by: yana in




Terimalah kekurangan suami seadanya.Seorang isteri mengadu begini kepada saya,"Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana. Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal be rsamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?

Lalu saya bertanya, skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau awak tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.

Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya sekarang.
Lalu saya perjelaskan, kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam ? Sampai bila?

Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar SUAMI. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.

Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau meleset bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?

Setelah anda diijabkabulkan, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai suami. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.

JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.
JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.
INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia.


Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.


Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja.


Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apatahlagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata "NO MAN IS PERFECT"

Know Your Personality by Signing Style  

Posted by: yana in

SINGLE UNDERLINE BELOW THE SIGN
These persons are very confident and are good personalities. They are a little bit selfish but believe in "Happiness of human life".



TWO DOTS BELOW THE SIGN
These persons are considered to be Romantic, can easily change their fiances as if they change their clothes. They prefer beauty in other persons & they themselves try to look beautiful. They easily attract others.


SINGLE DOT BELOW THE SIGN
These persons are more inclined towards classical arts, simple & are very cool. If you loose faith with them, then these persons will never look back at you. Hence its always better to be careful with these people.


NO UNDERLINES OR DOTS BELOW THE SIGN
These persons enjoy their life in their own way, never pay attention to others views. These are considered to be good natured but are selfish too.


RANDOM SIGN, NO SIMILARITY BETWEEN NAME & SIGN
These persons try to be very smart, hide each & every matter, never say anything in straight forward manner, never pay attention to the other person of what he is talking of.


RANDOM SIGN, SIMILARITY BETWEEN NAME & SIGN

These persons are considered to be intelligent but never think. These people change their ideas & views as fast as the wind changes its direction of flow. They never think whether that particular thing is right or wrong. You can win them just by flattering them.


SIGN IN PRINTED LETTERS

These persons are very kind to us, have a good heart, selfless, are ready to sacrifice their life for the sake of their near & dear. But these seems to think a lot and may get angry very soon.


WRITING COMPLETE NAME AS THEIR SIGN
These persons are very kind hearted, can adjust themselves to any environment & to the person they are talking. These persons are very firm on their views & posses a lot of will power.

selamat malam dunia...  

Posted by: yana


yeaahhh...shaun the sheep...  

Posted by: yana in




huhuhu...sronok mlayan katun neh...kalo tension2 mmg best la mlayan...gelak guling2...at least ilang sket tension kn3...trpengaruh ngn spupu aku yg salu dok layan cte neh,even tgk2 mlm kt astro 2...aisshhh...yg dh besar2 neh pn ske jgk mlayan,bkn knk2 jek...huhuhu...pape pn,bg spe2 yg ngh moody2 2,meh kte tgk shaun the sheep yek!

i'm back...  

Posted by: yana

waa....sekian lm x jenguk blog...skrg bru ade ms tuk update...tp ketandusan idea plak...huhuhu...

status : away  

Posted by: yana

arrggghhh...gangguan neh wat aku trpaksa menjarakkn masa aku dgn my beloved lappy neh. keserabutan ngn final year + exam and finally i got this pain...arrrgghhh...screaming!weee....time to sleep,but i can't close my eyes even a minute because of this pain...errrkkk....





p/s ----> my status is away.i'll be back soon.wish me luck yaaa....!hugs n kiss...xoxo!

additional information : GASTRIK  

Posted by: yana in

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.


Penyebab gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.



Punca-punca lain Gastrik:
  1. Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  2. Pengambilan alkohol yang berlebihan
  3. Pengambilan kokain
  4. Merokok
  5. Stres
  6. Gangguan autoimun
  7. Penyakit crohn
  8. Radiasi dan kemoterapi
  9. Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  10. Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  11. Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  12. Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  13. Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.


Punca-punca lain Gastrik:
Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan padabahagian atas abdomen/hulu hati.
Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.

gastritis

arrgghhh...it came back and hurt me!  

Posted by: yana in

Arrgghhh...wanna scream loudly...yeah,tu la yg aku rs skang...gastrik!sgt la sinonim ngn aku.silap jek mkn nie la padahnye...weee...ape ek yg aku mkn ari nie?mule la pale aku neh ligat dok pikir juadah pe yg buat aku jd cm ni...errrkkkkk...sgt brharap,next week n strusnye aku leh kmbali sihat,maklum la....exam!waaaa....seram2....aku x wt pape preparation pon agi neh!enough la for today.i need some rest.tomorrow is tougher among others day,yeeehaaa...mari kte TIDO!!!!

kisah sepasang suami isteri [2]  

Posted by: yana in

Ada sepasang suami isteri yang dah lama kawin..Si laki ni ada satu tabiat buruk iaitu setiap kali bangun tidur mesti dia kentut, kentut puaka gitu sebab bunyi dia menggegarkan bilik tidur dan baunya ya rabbi tak leh nak cerita nanti pembaca muntah pulak...

Si bini ni memang sokmo komplen pasal kentut tue dan banyak kali termuntah sebab tak tahan…tapi si laki dengan muka penuh selamba menjelaskan, kentut tu perkara semulajadi yang baik untuk kesihatan…. Satu hari si bini yang dah lama tak tahan perangai si laki berkata, “ satu hari nanti awak kentut bukan sahaja angin yang keluar… semua isi perut awak pun akan keluar sama, masa tu baru padan muka awak…”, si laki cuma sengih jer.

Hari raya korban pun tiba…keluarga tersebut banyak dapat daging dan dalam banyak2 bungkusan tue ada perut lembu, hati, paru-paru… maka timbullah idea si bini nak pekena laki dia…Masa laki dia tengah seronok tido dia telah longgokan perut lembu yang berjela2 betul2 kat bontot laki dia, lepas tu dia pun ke dapur untuk menunggu aksi seterusnya….

Dipendekkan citer…maka laki dia dia pun bangun dan macam rutine biasa dia melepaskan das das kentutnya yang maha dahsyat bunyinya dan maha busuk baunya… si bini tunggu dengan penuh khusyuk. Dari dalam bilik tido terdengar suara laki dia terjerit sakan,…hysteria gitu… sibini tertonggeng tonggeng dan guling2 ketawa. 20 minit pastu silaki pun kedapur untuk sarapan.. sibini pun buat donno dan control macho.... 


“masin betullah mulut awak… habis tali perut saya terkeluar macam yang awak cakap hari tue”. Kata laki dia bersungguh-sungguh. “Habis tue abang buat macam mana?” tanya sibini sambil control suara dan perut yang nak pecah sebab nak ketawa. 


“nasib baik abang tak panic… abang terus ke bilik air, dan sekarang dah settle...”
“abang buat macam mana?” Tanya sibini agak suspen.“Dengan menggunakan jari sahaja abang berjaya memasukkan balik semua isi perut abang tadi…tak payah susah2 pegi hospital untuk operation”…Si bini terdiam kaku…



p/s --> jeng3...fikir2 kn...renung2 kn...slamat beramal... 

life  

Posted by: yana in

Salam sume...ramadhan dh berlalu pergi,syawal kembali menjenguk...masa bersilih ganti,manusia?aahhh...perlu ke aku mnjwb persoalan tu?kehidupan ade pelbagai wrna...kn seronok kalo ianya dwarnai dgn wrna2 yg mnarik n sdap dipandang...tp x mudah kte nk mncapai n mngaut impian kbahagiaan tnpa semangat,ketulusan,keikhlasan,kasih sayang,teman,family n environment...ahhh...alangkah indah hidup ni...tp x sume yg diimpikn akn mnjd knyataan kn?errrmmm....senyuman...kembalikan senyuman yg dulu...seceria sinar mentari dpagi hari...ohh...

love lasting forever  

Posted by: yana in

yeah...percubaan pertama...huhuhu...apsal la aku obses sgt ngn scrapbook?sbb bg aku ianya seni...i do love art.so bg sesapa yg ske edit pix n nk try something different, korang leh try usha website neh. comel la mende2 kt website 2. de mcm2, tp almost of the item is for new mom n sesape yg akn kahwin. tp cm pix nie, de cm2 plihan. leh la try mn2 yg dsukai kn...gud luck !



Scrapbook at WiddlyTinks.com


my next try...using the photo ting! love it!

attention!  

Posted by: yana in

sori yea,blog aku neh msh bersawang and msih dlm proses nk update+upgrade.harap maaf yea.



p/s -> bahana org malas!

my new look maa  

Posted by: yana in

yeayyy!akhirnya aku brjaya jmpe new templete.sgt cntik bg aku la.nie yg brsemangat nk mncurahkn idea neh.bg spe2 yg berminat,nie die add website 2 : http://www.giselejaquenod.com.ar/blog/blogger-templates/ hope korang enjoy usha,tp kn design templete neh sgt limited.x bnyk choice.cute2 je aku nengok,geram!k la ye.wish u selamat ari raye.slamat mencuba. {sori,lmbt wish.dh lme x update blog.maklum la,bz!}

kisah sepasang suami isteri  

Posted by: yana in

Photobucket

Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. "Mengapa?", dia bertanya dengan nada terkejut. "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan."Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti. Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?".

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan..."Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat ditempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harusmembelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga ituuntuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikanoleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Tetapi,jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.Itulahcinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

p/s -> renung-renungkan dan selamat beramal... (~,^)

kegilaan kami  

Posted by: yana in

Photobucket

weee...de lg pix neh ek,pic ngn roomate ms part 4...ade duka n ade gumbiranya...even de mcm2 mslh,tp akhirnya kami msih kekal bersama sbg kwn...bkn senang nk maintain n bkn senang nk cr kwn yg bleh dianggap kwn...errrmmm...kak ina student lanscape,senior ms amik architecture dlu...aiza plak,student interior design...n last but not least,yan plak student building survey...kak ina n aiza roomate aku since part 1...so dh knal sgt kepala msing2...yan pon sm je,sume leh msuk...huhuhu...tringat plak mak yan pnye rendang tok and makaroni cheese yg dbakar,sgt sdap + yummy2 ...dh la bulan ramadhan...godaaan...errrmmm...skang dorang stay kt kolej,aku jek yg dok luar as a NR...ble la kte nk brsama lg kn,mst pas nie msing2 bwk haluan sendiri ble dh graduate nnt...kenangan 2 takkan penah pudar..!chayok2...hope all of you will past the exam dis sem wif flying colours...love u guys+hayaton yg sgt mmahami aku...syg ko la!

julung's family day : melaka  

Posted by: yana in

Photobucket
tetiba tringat plak kt opismate ms practikal...family day yg happening...huhuhu...i love u guys...tq for all ur commitment during my practical training even kulit neh dh bertukar warna jg project MBSSC,tp ttp best...huhuhu...ble la nk pnjt roof level 5 n 6 agi neh?ble la nk g blik mb agi?ble nk mronda agi?waaaaaa...rindu sume neh!

...voluntia non fit injuria...  

Posted by: yana in

Photobucket

msti pelik kn dgr perkataan neh...ingt sbb bru jek blaja td ms klas law...sonok gak blaja law nehsbb kte leh tau problem sekeliling kte n learn more about how to judge all the problem wif the right lane...hahahha...even org ckp lecturer nye garang,tp aku ske sbb ketegasannye la yg membuatkn kte bersemangat nk blaja...btul x?voluntia non fit injuria (kecuaian sertaan) iaitu planitif yang cedera dengan sengaja @ mendedahkan diri kpd bahaya...kalo berlaku kes cm nie,tak bleh mntk ganti rugi n antara kategori kes neh : penyelamat, penumpang kenderaan tnpa paksaan, penonton, mechanical defect, n assumption clause...sgt menarik....x sbr nk tnggu class law next week...hooraaayyyy~so sesape yg pnh de kes berkaitan ngn neh,leh la usha...hak anda,anda yg tentukan...renung-renungkan...


kegembiraan yang hanya sementara  

Posted by: yana in

Salam...salam ramadhan sume...dah lame rasenye x mnjenguk blog neh...dh agak bersawang...keletihan dan keserabutan dengan kesibukan diri dengan assignment yang tlh diberikan...tp dlm keserabutan tu...ade 1 kisah yg sangat mnyayat hati...peristiwa nie berlaku ke atas seorang kwn dan berlaku pd 1 ramadhan...

begini ceritanya...kwn sy nie sgt happy go lucky orgnye...hari2 xkn luput ngn gelak ketawanya...hinggalah tiba pd 1 minggu yang sgt suram seperti keadaan langit yang mendung di luar...die tiba2 jd sgt pasif dan pendiam...ape yg dh jd pd die?kadang2 bila trjaga wktu mlm,lihat die sdg menangis...ble dtanya apa mslh yg dihadapi hanya gelengan yg kami terima...

sehari seblum ramadhan,die semakin gelisah sperti ada yg x kena...kami semakin runsing mlihat gelagatnya...ketika umat Islam gembira untuk menunaikan ibadah puasa,dia pula dikejutkan dgn berita kematian ibunya...kami sgt terkejut...x sngka begitu besar dugaan yg dihadapi...dia sempat menceritakan serba sedikit mengenai kisah ibunya dan kami yg mendengarnya berasa sgt sayu dan tiba2 teringat keadaan ibu kami masing2,dan secara tidak dirancang,kami menagis bersama...die trpaksa bergegas untuk pulang ke kg nya bg memberi penghormatan terakhir kepada arwah ibunya...

bagi sesiapa yg masih mempunyai seorang ibu,inilah masa anda utk mencurahkan segala kasih syg kpd mreka,kehilangan itu sgt memeritkan...x sanggup kalo dtinggalkan ibu,tanpa dia tiadalah kita di dunia...segala jerih payah dia bertarung nyawa melahirkan kita di dunia dan juga membesarkan kita dengan kudrat seorang wanita itu perlu kita sanjungi...

* I LOVE YOU "MAK" *

man"sahajakan" diri  

Posted by: yana


akibat dh xde kje la katekan, aku dgn rajinnye mencuba mende ni. juz for fun la katekan. dan ini la hasilnye. uji kaji dh berjaya ngn jayanya. so spe2 yg ske main2 or try something yg karut cm aku wat nie, leh la try g website neh. korang leh create mcm2. tp x la masyuk sgt. skadar suke2 la katekn. huhuhu..ye la, kalo x dpecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya...[btul ke neh?]

ia datang dan ia berlalu pergi  

Posted by: yana in


Photobucket

waaa...skejap sgt ms berlalu...from friday turn to saturday...uishhh...


*p/s : ops...pict ni bkn originally dr aku. amik kt photobucket. hanya ciput jek editan aku kt pict 2...huhuhu..

[memerlukan masa]  

Posted by: yana in

yaaa...sgt mmerlukan masa tuk mengupdate sgala nie.agak susah gak nk manage blog.mcm2 kne tgk n nk edit pn mkn ms yg agak lm...hahaha...for the beginner like me la {agak LEMBAP}.nk edit 2 yg agak payah coz x pndai sgt la ngn coding2 neh...waaaa...tragedy tragis neh...

something wrong somewhere ke neh?  

Posted by: yana in

Last week aku, pjot and faizah wat gathering kicik2lan kt kfc (ex archimate poli).Juz 3 of us. Pot pet pot pet berborak...tup-tup tercerita plak bout one of our ex classmate (si polan). Rupenye slame kteorg sekelas dh kne tipu slama 2 taun dok skelas ngn die...adddoooiiiyyyaaaiii...nk marah pn dh malas. Pelik la, wujud lg manusia yg cm 2. Bukan skit die kencing, kronik gak. Antara mende yg x leh kteorg trima :


1- Berpura-pura kononya anak org kaye
2- Berlakon kononnye ade penyakit kronik a.k.a cancer
3- Jual diri tuk duit! what type of person yek?erm...
4- Memburukkn lecturer tuk dapatkn perhatian dr sume org
5- Melaga2kan member... (2 yg kteorg bengang amat2 nye la kt die)


....Infiniti waaaa....x trkira la bnyknye.......


Nk tergelak pn de ble trkenangkn kisah2 lme wktu study dlu. Gosok gg pkai sbun lux pnah. huhuhuhu....Borak sakan smpai kn x perasan jam dh hampir ke maghrib. Rupenye hampir 4 jam kte org dok kt kfc 2 smpaikn org pn pelik tgk kteorg, gelak, sedih, sengih2, riuh rendah kfc 2 dibuatnye....huahuahuahua...Tq pijot n faizah...walaupun dlu kte pnah brmasam muke, tp skang kte dh baik smula kn...Friendship forever and ever laaaa....~[kwn tuk happy2 snang nk cari, tp kwn yg leh brsama waktu sedih ade 1 dlm 1000 di dunia ni]

(~,^) enough la for today!!!

si comel  

Posted by: yana in


si comel yang menjadi peliharaan baru sayep selain daripada 2 ekor kucing yang suke gigit kaki org yg lalu lalang...huhuhu...senang sgt nk bela si comel ni...penjagaan hamster pn x complicated...dan harga nya sangat la murah dan mampu tuk dimiliki semua...cume mak sayep ckp "binatang 2 bising la..." si comel ni sangat aktif di waktu malam.mereka suke mengayuh beskal memalam...bunyi mmg riuh rendah...ngn bergaduhnye la...waaa...kadang2 geram je...cam nk je tutup mulut diorg...tp diorg la tmpt yang baik tuk sayep mengadu nasib....huhuhuhu...